KEADILANbp

Keadilan Untuk Semua

Foto Saya
Nama:

'KEADILANbp' ialah blog Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Batu Pahat. Cabang adalah badan tertinggi dan pentadbir Parti dalam satu-satu kawasan pilihanraya Parlimen. Kami mengalu-alukan sumbangan, pandangan atau teguran yang membina. Emel: keadilanbp@gmail.com

Jumaat, Januari 30, 2009

Must see!

Isnin, Januari 19, 2009

Nasihat Periuk kepada Belanga

Mahathir nasihatkan Najib: Kalau nak menang pilihanraya umum akandatang, singkir bakal-bakal calon yang nama mereka busuk dan terlibat dengan korupsi!

Cadangan baik tu, Tun. Tapi nak tanya cikit... Lepas Najib singkir semua, berapa kerat saja lagi yang tinggal? Kemudian, siapa pula yang akan singkir anak Razak tu? Tun sendiri tentu tak boleh, sebab tau-tau sajalah.... Tun pun dah belot dari Umno, kan?

Syabas pengundi-pengundi KT

Mahathir kata Najib tidak boleh dipersalahkan atas kekalahan calon BN dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.

Botol 100%. Beliau patut persalahkan pengundi-pengundi Kuala Terengganu kerana bijak memilih.

Tahniah dan syabas pengundi-pengundi KT!

...who is talking?


Agence France-Presse - 1/18/2009

Malaysian govt faces losing power over graft: Mahathir

Malaysia's coalition government which has ruled for half a century will be dumped at the next elections if it continues to embrace corrupt leaders, former premier Mahathir Mohamad said Sunday.

Mahathir said the Barisan Nasional's crushing defeat in a weekend by-election, which has given the opposition a major boost, was a vote of no confidence in the leadership of outgoing premier Abdullah Ahmad Badawi.

He warned that deputy premier Najib Razak, who is due to take the top job in March, must not repeat the mistakes of Abdullah, who voters punished in last year's general elections for failing to introduce promised anti-graft reforms.

"I think Najib is not to be blamed for (the by-election loss) but if he continues to elect or support corrupt leaders then I think he will lose the next general election," Mahathir said.

"Leaders who are discredited, who are involved with corruption, are still being chosen as candidates," he said, without naming names.

"If they want to win, get rid of these people."

.........................................

...............................................

"hark! thou signal inapropriately! thou shalt lie in the pits of hell and purge thy sins for your misdemeanour!"

Ahad, Januari 18, 2009

Selepas PAS menang di KT

9.33 mlm: Rasmi Pas menang 2631. Takbirrrr...!

10.18: Kitorang tgh smbt kemenangan.

11.37: Pergaduhan antara Fru dan penyokong Pakatan. Jalan masuk ke KT ditutup mulai dari Rusila, Marang

11.42: Jln di KT penuh dgn sekatan polis hingga sesak jalan, kereta yg ada bendera diarah turunkan bendera, motosikal juga ditahan. Alasan polis prk (pilihanraya kecil) dah abis.

12.04 tgh mlm: Semua jln kluar ke Kuantan tlh d tutup.

Komen dari tepi: Baru kalah sebuah kawasan parlimen je tu; belum lagi hilang kuasa. Bayangkanlah nanti........!

Sabtu, Januari 17, 2009

Terkini

8.23: PAS menang dengan 2769 undi! (tak rasmi tapi boleh dipercaya)

Syukur Alhamdulillah!

8.01: Setelah 43000 undi dikira, Pas mendahului 1500 undi. Lebih 50% undi sudah dikira sehingga kini.

Komen dari tepi: Degup jantung penyokong bn semakin kuat kedengaran!

7.37: Setelah 35000 undi dikira, Pas mendahului dengan 400 undi. Keseluruhan undi 79.73%.

7.10: Rasmi polling di Bukit Besar - bn 716 dan Pas 777

6.02: Najib dah balik jam 4.00 tadi. Tak rasmi kita dah menang!

Komen dari tepi: Syukur Alhamdulillah!

5.42: Pengundi2 saluran 3 & 4 bn dilaporkan telah boikot calon mereka. % undi mereka di situ rendah.

5.43: Kabarnya Najib dah belah.........!

Komen dari tepi: Ehem, ehem akau taulah.........

5.29: Undi sedang dikira. Kami sedang berdebar-debar menunggu keputusan.

Komen dari tepi: Insya'Allah, kemenangan di pihak benar!

4.19: Setakat pukul 3.30 tadi, 80% telah keluar mengundi. Sumber tak rasmi mengatakan PR masih mendahului, tapi masih mengawasi pengundi hantu.

Komen dari tepi: Betul tu, waspada sampai akhir. Jangan cuai dan lalai barang seketika pun!


2.20: Lima buah kenderaan disyaki membawa pengundi hantu masuk ke kawasan mengundi tapi pantas disekat oleh pihak kita.

Komen dari tepi: Syabas! Tapi awas, mereka buat kacau di sebelah sini dan menyerang di sebelah sana. Ini "taktik hantu" namanya.

2.18: Provokasi polis di Bkt Besar. Perayu undi dihalang drpd merayu undi. Mungkin ini taktik untuk memasukkan pengundi hantu.

Komen dari tepi: Hantu, polong, jin, jembalang, syaitan, iblis semuanya adalah anasir tak baik. Halang mereka!

1.08: Jalan2 di KT sesak penuh dengan kenderaan membawa bendera Pas.

Komen dari tepi: Tak nampak di mana Najib....

12.41: Sekitar jam 9.00 pagi tadi, seorang wanita tua masuk untuk mengundi. Tetapi bila mendaftar namanya telah mengundi. Laporan telah dibuat.

Sumber dari Mustafa Kamil, peratusan kemenangan dalam 3000 undi. Sekarang memastikan pengundi hantu tidak dapat menyusup masuk.

Komen dari tepi: Hantu, jin, jembalang, syaitan, iblis......... semuanya adalah musuh kita!

12.35: Orang ramai berpusu-pusu di semua tempat buang undi.

Komen dari tepi: Tanda baik tu!

11.22: Dari apa yang kita dengar, PR ada harapan 60-40....

Komen dari tepi: Itu sudah cukup baik!

Pembaca budiman

Ramai yang ingin mengetahui perkembangan terkini mengenai PRK yang sedang berjalan di Kuala Terengganu sekarang. Silalah berkongsi maklumat yang kami laporkan di sini dengan mereka.

Wartawan keadilanbp akan terus memberikan yang terkini.

Sekian, terimakasih.

10.32: Jem teruk di bulatan batu bsurat.


10.23: Cuaca dah mulai mendung....

10.24: Nampak Tien Chua dan Roni Liew di area DUN Bandar.

Komen dari tepi: Jangan nanti bn salahkan hujan pulak kerana kalah.....


10.22: Kat kawasan DUN bandar, petugas PR sangat ramai dan petugas bn sgt sikit.

Komen dari tepi: Mereka dah patah semangat lah tu.........



10.05: Petugas PR terus bersemangat. Di semua tempat lebih ramai petugas PR berbanding petugas bn.

Komen dari tepi: Angin perubahan semakin bertiup kencang!


10.03: Jangkaan klur mngundi 80%++, pengundi Cina 55% ++ undi PR. Ramalan awal tok nujum pak belalang majoriti 5000.

Komen dari tepi: Kami doakan semoga ramalan tersebut menjadi kenyataan.


09.54: Kami sbg perayu undi d sk bkt bsr tmpt calon bn mengundi. Sambtan kpd calon PR sungguh luarbiasa sjk pagi tadi.

Komen dari tepi: Syabas! Tanda-tanda awal di ambang kemenangan!



09.35 pagi: Lom ada pe yang penting nak dlaporkan. Mknn mahal. Jumaat byk kdai ttp... Hari ni trafik lancar.

Komen dari tepi: Itu juga laporan baik yang banyak pembaca nak tau. TK




Pembuangan undi pagi ni nampaknya berjalan lancar. Ramai yang mula mngundi.

Komen dari tepi: Begitulah hendaknya. Jangan macam dalam kata-kata sebuah lagu lama: Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.......



Terkini dari Kuala Terengganu


Hari ni hari ngundi dalam PRK di KT.


Pagi ni KT cuaca baik. Penuh dengan siren kereta polis. Pagi2 lagi penyokong PR penuh semangat. Penyokong bn kurang kelihatan.

Begitulah laporan awal yang kami terima.

Komen dari tepi: Apa yang polis nak sibuk-sibuk sangat tu? Nak takutkan pengundi ke atau nak bantu BN? Atau kedua-duanya sekali?

Profesionallah sikit........!



Rabu, Januari 14, 2009

We Will Not Go Down (Song for Gaza)

Know Obama's "True" Colour

Isnin, Januari 12, 2009

PALESTINE-ISRAEL


For basic facts click here.
Thank you.


以色列在加沙的军事行动
– 巴株巴辖区人民公正党的态度和立场


以色列军队对加沙发起了新的军事行动。据悉已有包括老人,妇女和儿童近 900 人遭到杀害。

基于以下事实我们谴责上述军事行动

(一) 什么是 “犹太复国主义”?

“犹太复国主义”开始于1896年的种族主义运动。犹太人的终极目标是夺取巴勒斯坦国土并使世界各地的犹太人居住在这块土地上。

(二) 是否所有的犹太人都支持犹太复国主义?

不是!犹太复国主义违背了他们以“妥拉”为根据的宗教学说。在犹太复国主义出现之前,伊斯兰教徒和犹太人(5%以下)和睦相处在巴勒斯坦这块土地上。

(三) 究竟谁在犹太复国主义的背后?

英国和美国。1948年五月,英国(在联合国的帮助下)宣布在巴勒斯坦国土上建立一个犹太国。就这样,巴勒斯坦54%的国土被掠夺。
今天,通过战争和侵略,犹太人已经占据了几乎整个巴勒斯坦国土。

(四) 什么原因导致犹太人如此日益傲慢和凶残 ?

因为有美国在他的背后支持。美国每年以30亿(美元)援助以色列犹太人。美国以各种现代化的武器和工具武装这群暴徒。

(五) 谁对谁错?

设身处地想想看:我们自己世代的土地家园被侵占,我们的财产被抢劫和摧毁,母亲和妻子被强奸,我们的孩子和弟妹遭杀害!然而他们还说,“你们无权留在这里…..”

基于上述历史背景,我们的看法是

i. 以色列对加沙的攻击是侵略性的;
ii. 巴勒斯坦人民有权捍卫自己;
iii. 此文中,以色列和巴勒斯坦之间的关系就是侵略和被侵略的关系;
iv. 他们之间的基本对立非宗教性质的;
v. 全人类,不分宗教,民族或后裔,理应共同支持巴勒斯坦人民的正义斗争。

人民公正党巴株巴辖区 主席
赛益 哈密 阿里

Ahad, Januari 11, 2009

Victory to the Palestinian Resistance!

Kenyataan media


(Kenyataan Syed Hamid Ali, Ketua PKR Bahagian Batu Pahat)


KEMPEN KETENTERAAN ISRAEL DI GAZA

– Sikap dan pendirian Parti Keadilan Rakyat (keADILan) Bahagian Batu Pahat


Tentera Israel telah melancarkan kempen ketenteraan terbarunya ke atas Gaza. Hampir 800 orang dilaporkan telah terbunuh termasuk orang tua, perempuan dan kanak-kanak!

Kami mengutuk tindakan tersebut berasaskan fakta-fakta berikut:


1. Apa itu ‘Zionisma’?


‘Zionisma’ bermula sebagai satu gerakan perkauman yang diasaskan pada tahun 1896. Matlamat kaum ‘zionis’ adalah untuk merampas bumi Palestin dan menempatkan orang-orang Yahudi seluruh dunia di situ.


2. Apakah semua orang Yahudi menyokong zionisme?


Tidak! Zionisme bertentangan dengan ajaran agama mereka yang berasaskan kepada Kitab Taurah. Sebelum zionisme diwujudkan, penganut Islam dan Yahudi (kurang daripada 5%) di bumi Palestin hidup secara rukun dan damai.


3. Siapakah di belakang kaum zionis?


Inggeris dan Amerika. Pada 15 Mei 1948, Inggeris (dengan bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu) telah mengisytiharkan sebuah ‘negara Israel’ di bumi Palestin. Dengan begitu, 54% daripada bumi Palestin telah dirampas!

Hari ini, melalui perang dan pencerobohan, kaum zionis telah menguasai hampir seluruh bumi Palestin!


4. Apa yang menjadikan kaum zionis semakin angkuh dan ganas?


Sebab Amerika di belakangnya. Bantuan Amerika kepada zionis Israel bernilai $3 bilion (dollar Amerika) setiap tahun! Amerika mempersenjatai gerombolan tersebut dengan berbagai jenis senjata dan alat perang yang termoden.


5. Siapa betul dan siapa salah?


Bayangkan keadaan seperti ini: rumah dan tanah pusaka kita dicerobohi orang. Harta benda kita mereka rompak dan musnahkan, ibu dan isteri kita mereka rogol, anak dan adik kita mereka bunuh! Dan, mereka masih lagi berkata, “engkau tidak ada hak di sini…..”


Berdasarkan sejarah dan latarbelakang di atas, kami berpendapat:

i. Serangan Israel ke atas Gaza adalah bersifat pencerobohan;

ii. Rakyat Palestin berhak untuk membela diri;

iii. Dalam konteks ini, hubungan antara Israel dan Palestin adalah

antara yang menceroboh dan yang diceroboh;

iv. Pertentangan asas antara mereka bukan bersifat keagamaan;

v. Seluruh umat manusia, tidak kira agama, bangsa atau keturunan,

harus sama-sama menyokong perjuangan adil rakyat Palestin.


Jumaat, Januari 09, 2009

Boikot Israel/Amerika


Zionis Israel menjadi penjenayah terbesar kerana ada Amerika di belakangnya.

Amerika pula dikuasai oleh gerombolan politik dan ekonomi yang gila perang untuk menguasai dunia, dan mencari keuntungan daripadanya.

Senarai di bawah menunjukkan beberapa syarikat/jenama yang menyumbang kepada perang pencerobohan Israel di bumi Palestin, antaranya ialah:

COCA COLA, HUGGIES, RIVER ISLAND, MC DONALDS, CLINIQUE, DISNEY, DONNA KARAN, STARBUCKS, GAP, GARNIER, PERRIER, KOTEX, SANEX, JO MALONE, LANCOME, LIBBYS, TCHIBO, LOREAL, MARKS & SPENCER, KLEENEX, MAYBELLINE, NESTLE, VITTEL, REVLON, WONDERBRA dan banyak lagi... (Klik di sini)

Menyokong syarikat-syarikat tersebut (dengan membeli barangan mereka) bererti MENYOKONG PERANG PENCEROBOHAN ISRAEL/AMERIKA di bumi Palestin.

Memboikot barangan-barangan tersebut bererti kita MEMBANTU PERJUANGAN ADIL RAKYAT PALESTIN.



Jumaat, Januari 02, 2009

Palestin, O Palestin...