KEADILANbp

Keadilan Untuk Semua

Foto Saya
Nama:

'KEADILANbp' ialah blog Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Batu Pahat. Cabang adalah badan tertinggi dan pentadbir Parti dalam satu-satu kawasan pilihanraya Parlimen. Kami mengalu-alukan sumbangan, pandangan atau teguran yang membina. Emel: keadilanbp@gmail.com

Ahad, Februari 08, 2009

Taklimat Pindaan Perlembagaan KEADILAN


Hari ini satu majlis taklimat tentang pindaan Perlembagaan KEADILAN peringkat Negeri telah diadakan di Johor Bahru. Naib Presiden Sivarasa selaku Pengerusi Jawatankuasa Perlembagaan telah menyampaikan taklimat tersebut di hadapan lebih daripada 20 orang wakil Bahagian. Batu Pahat diwakili Ketua dan Setiausahanya.

Antara objektif-objektif utama pindaan tersebut adalah untuk:
a) memperkasakan amalan demokrasi di dalam parti;
b) menambahbaik pentadbiran parti;
c) mencegah atau mengurangkan potensi berkembangnya amalan negatif seperti politik wang dan/atau ahli atau cawangan hantu seperti yang diperhatikan dalam parti-parti lain yang mempunyai struktur tradisi yang sama;
d) memastikan struktur parti di semua peringkat disesuaikan sebaik-baiknya dengan visi dan misi parti sebagai sebuah parti sebagai kaum di semua negeri mewakili semua komuniti di Malaysia dan mendokong program politik 17 perkara kita.

Kami mengucapkan tahniah kepada semua yang telah mengambil bahagian!