KEADILANbp

Keadilan Untuk Semua

Foto Saya
Nama:

'KEADILANbp' ialah blog Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Batu Pahat. Cabang adalah badan tertinggi dan pentadbir Parti dalam satu-satu kawasan pilihanraya Parlimen. Kami mengalu-alukan sumbangan, pandangan atau teguran yang membina. Emel: keadilanbp@gmail.com

Rabu, Oktober 08, 2008

Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian


Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian (MATB) Batu Pahat bagi tahun 2008 berjaya diadakan pada petang Ahad 21 September yang lalu. Lebih 30 orang ahli telah hadir.


Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Dr. Ahmad Faidhi, Pengerusi Perhubungan Negeri Johor.


Dalam ucapannya, Dr. Ahmad Faidhi menyentuh beberapa isu semasa termasuk yang bersabit dengan peralihan kuasa daripada BN kepada Pakatan Rakyat (PR).


Syed Hamid Ali pula selaku Ketua Bahagian menekankan tentang perlunya memperkuat semangat organisasi dan disiplin Parti.


Beliau menarik perhatian kepada beberapa arahan Pusat, termasuk tentang memperkemas organisasi peringkat Bahagian, mewujudkan pusat khidmat masyarakat, mengadakan program-program kemasyarakatan dalam bulan puasa, mengemaskini keahlian untuk memperkasa jentera Parti, dan merapati pihak Pas dan DAP.


Mesyuarat ditangguhkan dengan majlis berbuka puasa.

3 Ulasan:

Blogger abdul saad berkata...

tahniah!
teruskan usaha perjuangan sepanjang hayat!

Khamis, Oktober 09, 2008 12:36:00 PTG  
Anonymous Abdullah berkata...

Tahniah kepada seluruh ahli KBP khususnya pada Ketua Bahagian.

Jumaat, Oktober 10, 2008 4:26:00 PTG  
Anonymous Tanpa Nama berkata...

tahniah!
kepada semua pimpinan bahagian dan seluruh ahli bahagian.

Ahad, Oktober 19, 2008 10:55:00 PTG  

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

Pautan pada catatan ini:

Buat Pautan

<< Laman utama