KEADILANbp

Keadilan Untuk Semua

Foto Saya
Nama:

'KEADILANbp' ialah blog Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Batu Pahat. Cabang adalah badan tertinggi dan pentadbir Parti dalam satu-satu kawasan pilihanraya Parlimen. Kami mengalu-alukan sumbangan, pandangan atau teguran yang membina. Emel: keadilanbp@gmail.com

Sabtu, Mac 07, 2009

Hari Wanita Antarabangsa (HAWA) 8 Mac 2009


Kami mengucapkan Selamat Merayakan Hari Wanita Antarabangsa 8 Mac khasnya kepada pembaca wanita yang budiman!




HARI WANITA ANTARABANGSA 8 MAC 2009

(Mesej Pengarah Eksekutif UNFPA, Thoraya Ahmed Obaid)


Bersempena Hari Wanita Sedunia ini, marilah kita bersatu bagi mengakhiri keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak.

Samada perdagangan manusia, keganasan rumahtangga, jenayah atas nama kehormatan atau keseronokan, pernikahan kanak-kanak, pencederaan alat kelamin wanita atau keganasan seksual, yang mana dalam keadaan-keadaan tertentu telah sampai ke tahap membimbangkan, keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak merupakan jenayah aib yang sering diselindung dan jarang sangat diambil tindakan.

Pada hari ini, kami menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, masyarakat dan agama supaya menentang keganasan yang melibatkan wanita dan kanak-kanak.


Kami menyeru supaya diadakan dialog awam dan debat terbuka. Kami menggesa pihak-pihak berkuasa di semua negara supaya membentuk dan melaksanakan undang-undang untuk membawa pesalah ke muka pengadilan dan menyediakan perkhidmatan kesihatan dan sokongan sosial terhadap mangsa-mangsa yang terselamat.


Kami memberikan penghormatan kepada wanita-wanita yang telah memberikan kepimpinan terhadap isu ini dan menyeru agar lebih ramai kaum lelaki dewasa dan kanak-kanak menggunakan pengaruh mereka ke arah perubahan yang positif.

Bersama-sama, kita mampu mengubah norma-norma sosial yang membenarkan diskriminasi serta keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak.

Bersama-sama, kita mampu mengukuhkan sistem perundangan, akses terhadap keadilan dan undang-undang untuk melindungi dan menegakkan hak-hak kemanusiaan.

Bersama-sama, kita mampu memberikan sokongan sosial dan khidmat kesihatan terhadap mangsa-mangsa yang terselamat.

Kita perlu menjamin hak terhadap kesihatan seksual dan reproduksi serta menyediakan maklumat dan perkhidmatan untuk perancangan keluarga, keselamatan kaum ibu dan pencegahan HIV.

Keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak bukanlah isu wanita – ia adalah isu yang melibatkan serta melemahkan kita semua. Tiada adat, tradisi atau agama yang membolehkan kezaliman dan penghinaan.

Hari ini, marilah kita menyatakan setiakawan bersama-sama wanita dan kanak-kanak yang berhak untuk hidup bermaruah, bebas dari ketakutan dan rasa malu.

Marilah kita menjuarai toleransi sifar keatas keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak di rumah, sekolah, tempat kerja mahupun tempat ibadat, dalam komuniti dan negara.

Telah sampai masanya wanita dan lelaki, kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki bekerjasama bagi mengakhiri jenayah kemanusiaan yang mengaibkan.

Hari ini dan seterusnya, UNFPA, sebagai bahangian daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, akan menyokong usaha negara bagi menghapuskan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak, dan terus memperkasakan wanita, kesamaan hak-hak wanita dan kesihatan reproduksi.



1 Ulasan:

Blogger Faizal Zakaria's Blog berkata...

Selamat Hari Wanita...









+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Azam Baru – Semangat Baru UMNO
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sabtu, Mac 14, 2009 2:58:00 PTG  

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

Pautan pada catatan ini:

Buat Pautan

<< Laman utama