KEADILANbp

Keadilan Untuk Semua

Foto Saya
Nama:

'KEADILANbp' ialah blog Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Batu Pahat. Cabang adalah badan tertinggi dan pentadbir Parti dalam satu-satu kawasan pilihanraya Parlimen. Kami mengalu-alukan sumbangan, pandangan atau teguran yang membina. Emel: keadilanbp@gmail.com

Ahad, Januari 11, 2009

Kenyataan media


(Kenyataan Syed Hamid Ali, Ketua PKR Bahagian Batu Pahat)


KEMPEN KETENTERAAN ISRAEL DI GAZA

– Sikap dan pendirian Parti Keadilan Rakyat (keADILan) Bahagian Batu Pahat


Tentera Israel telah melancarkan kempen ketenteraan terbarunya ke atas Gaza. Hampir 800 orang dilaporkan telah terbunuh termasuk orang tua, perempuan dan kanak-kanak!

Kami mengutuk tindakan tersebut berasaskan fakta-fakta berikut:


1. Apa itu ‘Zionisma’?


‘Zionisma’ bermula sebagai satu gerakan perkauman yang diasaskan pada tahun 1896. Matlamat kaum ‘zionis’ adalah untuk merampas bumi Palestin dan menempatkan orang-orang Yahudi seluruh dunia di situ.


2. Apakah semua orang Yahudi menyokong zionisme?


Tidak! Zionisme bertentangan dengan ajaran agama mereka yang berasaskan kepada Kitab Taurah. Sebelum zionisme diwujudkan, penganut Islam dan Yahudi (kurang daripada 5%) di bumi Palestin hidup secara rukun dan damai.


3. Siapakah di belakang kaum zionis?


Inggeris dan Amerika. Pada 15 Mei 1948, Inggeris (dengan bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu) telah mengisytiharkan sebuah ‘negara Israel’ di bumi Palestin. Dengan begitu, 54% daripada bumi Palestin telah dirampas!

Hari ini, melalui perang dan pencerobohan, kaum zionis telah menguasai hampir seluruh bumi Palestin!


4. Apa yang menjadikan kaum zionis semakin angkuh dan ganas?


Sebab Amerika di belakangnya. Bantuan Amerika kepada zionis Israel bernilai $3 bilion (dollar Amerika) setiap tahun! Amerika mempersenjatai gerombolan tersebut dengan berbagai jenis senjata dan alat perang yang termoden.


5. Siapa betul dan siapa salah?


Bayangkan keadaan seperti ini: rumah dan tanah pusaka kita dicerobohi orang. Harta benda kita mereka rompak dan musnahkan, ibu dan isteri kita mereka rogol, anak dan adik kita mereka bunuh! Dan, mereka masih lagi berkata, “engkau tidak ada hak di sini…..”


Berdasarkan sejarah dan latarbelakang di atas, kami berpendapat:

i. Serangan Israel ke atas Gaza adalah bersifat pencerobohan;

ii. Rakyat Palestin berhak untuk membela diri;

iii. Dalam konteks ini, hubungan antara Israel dan Palestin adalah

antara yang menceroboh dan yang diceroboh;

iv. Pertentangan asas antara mereka bukan bersifat keagamaan;

v. Seluruh umat manusia, tidak kira agama, bangsa atau keturunan,

harus sama-sama menyokong perjuangan adil rakyat Palestin.


0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

Pautan pada catatan ini:

Buat Pautan

<< Laman utama