Pernyataan akhbar
Berikut adalah petikan kenyataan akhbar Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Bahagian Batu Pahat yang ditandatangani oleh Ketuanya, Syed Hamid Ali, hari ini:
Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Bahagian Batu Pahat ingin menyatakan perkara-perkara berikut sehubungan "majlis makan malam di Batu Pahat" yang melibatkan nama Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim:
1) Bahagian Batu Pahat tidak terlibat langsung dengan sebarang
pengaturan (termasuk penjualan tiket kepada orang ramai) mengenai
"majlis" yang tersebut di atas;
2) Kami mengesahkan bahawa orang yang bernama Du Jian Ming
(016-7623138) bukan anggota PKR Bahagian Batu Pahat;
3) Kami tidak menghalang sesiapa yang merasa dirinya sudah
tertipu daripada membuat aduan polis.
Sekian, terimakasih.
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama