KEADILANbp

Keadilan Untuk Semua

Foto Saya
Nama:

'KEADILANbp' ialah blog Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Batu Pahat. Cabang adalah badan tertinggi dan pentadbir Parti dalam satu-satu kawasan pilihanraya Parlimen. Kami mengalu-alukan sumbangan, pandangan atau teguran yang membina. Emel: keadilanbp@gmail.com

Selasa, November 04, 2008

Busuk, busuk, busuk...



Penduduk sekitar Taman Kurnia marah kerana setiap hari menanggung bau busuk akibat pencemaran air parit yang tidak mengalir kerana penuh dengan sampah sarap.

Airnya hitam dan pekat seperti minyak enjin yang telah dipakai. Di dalamnya penuh bahan-bahan buangan seperti plastik, botol, sampah dan sebagainya hingga ikan pun habis mati.

"Kami macam hidup dalam jamban - makan, minum dan segala-gala pun di situ... Siapa yang tak marah? "

Mereka malu ketika saudara mara dan tetamu dari tempat lain datang ke rumah untuk berhariraya, kerana "mereka tak lalu makan juadah yang kami hidangkan".

Bagaimana pula keprihatinan 'wakil rakyat'?

"Keprihatinan apa.....? Pengundi akan
mengajar dia nanti. Tunggu sajalah pilihanraya yang akan datang, " tegas seorang lain yang ada bersama.

Label: , ,

1 Ulasan:

Anonymous melayu mudah lupa berkata...

x payah nak tgu wakil rakyat.kalau saudara seorang yang bijaksana kenapa tidak mahu meminta pertolongan daripada ahli amk batu pahat untuk bergotong royong membersihkan kawasan yang busuk,busuk,busuk 2??kalau xde peruntukan,minta dgn ahli parlimen pembangkang,insyallah kalau terbuka hati nye bole saudara dengan ahli parlimen pembangkan terjun sekali dalm parit 2 untuk membersihkan nye.tunjukkan "PERLAKSANAAN" yang bole anda buat.jangan asyik nak menyalahkan orang lain sja.tunjukkan ape yang saudara semua bole lakukan.kalau bole time gotong-royong 2,ajak sekali lidah rasmi pembangkan untuk amik gambar dan buat cerita gempak2.kan sudah dapat nama 2.bukan ke UMNO BATU PAHAT suadah retak menanti belah mcam saudara AMK batu pahat katakan.jadi ambil kesempatan ini untuk menunjukkan jaguh.jangan asyik nak berdebat je.itu pun nak kena ajar ke??saudara semua pun pandai cakap je tapi "PERLAKSANAAN" hampeh!!..Ngok

Selasa, September 01, 2009 1:09:00 PG  

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

Pautan pada catatan ini:

Buat Pautan

<< Laman utama