Busuk, busuk, busuk...

Penduduk sekitar Taman Kurnia marah kerana setiap hari menanggung bau busuk akibat pencemaran air parit yang tidak mengalir kerana penuh dengan sampah sarap.
"Kami macam hidup dalam jamban - makan, minum dan segala-gala pun di situ... Siapa yang tak marah? "
Mereka malu ketika saudara mara dan tetamu dari tempat lain datang ke rumah untuk berhariraya, kerana "mereka tak lalu makan juadah yang kami hidangkan".
Bagaimana pula keprihatinan 'wakil rakyat'?
"Keprihatinan apa.....? Pengundi akan mengajar dia nanti. Tunggu sajalah pilihanraya yang akan datang, " tegas seorang lain yang ada bersama.
Airnya hitam dan pekat seperti minyak enjin yang telah dipakai. Di dalamnya penuh bahan-bahan buangan seperti plastik, botol, sampah dan sebagainya hingga ikan pun habis mati.
"Kami macam hidup dalam jamban - makan, minum dan segala-gala pun di situ... Siapa yang tak marah? "
Mereka malu ketika saudara mara dan tetamu dari tempat lain datang ke rumah untuk berhariraya, kerana "mereka tak lalu makan juadah yang kami hidangkan".
Bagaimana pula keprihatinan 'wakil rakyat'?
"Keprihatinan apa.....? Pengundi akan mengajar dia nanti. Tunggu sajalah pilihanraya yang akan datang, " tegas seorang lain yang ada bersama.
Label: busuk, cemar, Taman Kurnia
