KEADILANbp

Keadilan Untuk Semua

Foto Saya
Nama:

'KEADILANbp' ialah blog Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Batu Pahat. Cabang adalah badan tertinggi dan pentadbir Parti dalam satu-satu kawasan pilihanraya Parlimen. Kami mengalu-alukan sumbangan, pandangan atau teguran yang membina. Emel: keadilanbp@gmail.com

Jumaat, Oktober 31, 2008

Halo, halo VIP/YDP/MPBP


Kami ingin bertanya pihak kerajaan tempatan Batu Pahat: Apakah logiknya menggunakan 'bahasa orang putih' untuk menerangkan tanam-tanaman yang dibuat di Tasik Y tu?

Tak yakinkah kepada bahasa ('jiwa bangsa') yang rata-rata digunakan oleh rakyat Malaysia tercinta ini?

Atau, masih berjiwa hambakah walaupun sudah lebih setengah abad merdeka?

Kalau kedua-duanya pun bukan, kenalah fikir-fikirkan cikit....


Label:

Rabu, Oktober 29, 2008

Ada udang di sebalik batu ke?



Di tepi jalan antara simpang Jalan Tan Swee Hoe dengan Jalan Kluang, terpampang sebuah papan pemberitahuan besar milik Tenaga Nasional Berhad. Ia memberikan amaran keras dalam dua bahasa: 'BAHAYA VOLTAN TINGGI / DANGER HIGH VOLTAGE'.

TNB juga menarik perhatian umum kepada Akta Bekalan Elektrik 1990 yang membolehkan seseorang itu didenda RM50,000 atau/dan 3 tahun penjara.

Kalau betul 'bahaya' dan ada undang-undang untuknya, mengapakah syarikat gergasi Carefour dibenarkan mengambil tanah rezab di bawah Talian Penghantaran TNB di situ menjadi tempat letak kereta?

Kini, beberapa syarikat besar lain sudah mengikut jejak yang sama; antaranya ialah syarikat One Square dan Macdonald!

Orangramai mulai gelisah dan bertanya: Apakah ada udang di sebalik batu?

Mereka mengejek bahawa di mana korupsi bermaharajalela, maka di situ syarikat-syarikat besar tidak lut dik undang-undang.

Apakah pihak yang berkuasa merasakan bahawa keselamatan dan nyawa orangramai sudah tidak penting lagi?


Anggota Taman BP taja cawangan


Satu perjumpaan anggota untuk menaja Cawangan PKR Taman Batu Pahat telah diadakan pada malam Isnin lepas. Enam orang ahli jawatankuasa telah dilantik termasuk So Soon Teck dan Khuzzan Abu Bakar masing-masing selaku Ketua dan Setiausahanya. Jawatankuasa tersebut akan memanggil mesyuarat agung tahunan Cawangan dalam masa dua bulan.


Label:

Jumaat, Oktober 24, 2008

Tokoh Umno tempatan berbincang tiga jam dengan Syed Hamid Ali

Kira-kira dua minggu sudah, kami telah melaporkan tentang adanya ura-ura di kalangan sesetengah anggota Umno Batu Pahat untuk menyertai keADILan. Usaha tersebut nampaknya semakin menghampiri kenyataan.

Beberapa malam yang lalu, Sdr Syed Hamid Ali selaku Ketua keADILan Bahagian Batu Pahat bersama-sama dengan Setiausaha Khuzzan Abu Bakar telah mengadakan satu pertemuan dengan seorang tokoh Umno tempatan.

Ketika mengsahkan tentang pertemuan tersebut Sdr Khuzzan berkata, "Kami berbincang secara terus-terang dan dari hati ke hati selama hampir tiga jam."

Difahamkan, tokoh tersebut telah memohon untuk mendapatkan sejumlah besar borang keahlian.

Kami mengalu-alukan usaha baik ini, serta mendoakan semoga ianya diredhai Allah!


Label: ,

Selasa, Oktober 21, 2008

Gambar untuk kenangan


Wakil Bahagian Batu Pahat yang menyertai Seminar Harapan Baru Untuk Malaysia (SEHARUM) 2008 bergambar bersama pimpinan parti peringkat negeri dan kebangsaan.

Isnin, Oktober 20, 2008

Tentang orang parti lain yang nak masuk keADILan


Dalam Seminar Harapan Baru Untuk Malaysia (SEHARUM) 2008 yang diadakan di Parit Raja semalam, wakil Bahagian Batu Pahat telah membangkitkan soal kemasukan anggota-anggota parti lain ke dalam PKR.

Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali menyifatkannya sebagai satu pertanyaan yang baik.

Beliau memberitahu, tiap-tiap hari pejabat Setiausaha Agung berurusan dengan banyak permohonan baru dari seluruh negara. Oleh yang demikian, Bahagian hendaklah menyemak dengan teliti sebelum menghantarnya ke pusat.

"Kita sambut orang nak masuk parti. Tapi kalau dia tak cukup syarat atau ada masalah politik, Bahagian hendaklah lebih peka dan berhati-hati."

Merujuk kepada kemasukan anggota dari parti lain, beliau menegaskan, "Dalam satu masa yang sama, seseorang itu tidak boleh menjadi anggota dua buah parti. Kalau dia pilih keADILan, dia mesti lucutkan keahliannya dalam parti yang satu lagi.

"Mesti dibuktikan dengan jelas; ada hitam putih dan kalau perlu melalui pengumuman akhbar," tambahnya.

Label: ,

Majlis Bersama Timbalan Presiden


Lewat petang semalam, Timbalan Presiden Dr. Syed Husin Ali telah menyampaikan satu ceramah ringkas kepada lebihkurang 30 ahli keADILan Bahagian Batu Pahat di pejabat parti.

Kami mengucapkan ribuan terimakasih kepada beliau kerana sudi menerima 'undangan' tersebut walaupun dia keletihan dan terpaksa bekejar pulang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri urusan lain.

Sebelum itu, Sdr. Syed telah menghabiskan masanya dari pagi hingga petang bersama-sama lebih 100 orang ahli keADILan negeri Johor yang menyertai Seminar Harapan Baru Untuk Malaysia (SEHARUM)2008 kelolaan Sekretariat Konvensyen dan Seminar (SKS) PKR.

Selain daripada membentangkan kertaskerja bertajuk '5 Janji keADILan', beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan Ketua-Ketua Bahagian yang menghadiri seminar tersebut.

Sabtu, Oktober 11, 2008

Kami sambut orang Umno yang nak masuk keADILan


Semenjak bulan puasa lepas, sudah ada khabar tentang orang-orang Umno di Batu Pahat hendak menyertai keADILan. Berita ini disahkan oleh Syed Hamid Ali, Ketua PKR Bahagian Batu Pahat, apabila ditemui semalam.

"Memang berita benar. Mereka sudah merisik semenjak dari bulan puasa lagi. Kami akan umumkan perkara ini bila semuanya dah selesai mengikut peraturan."

Syed Hamid menyangkal tanggapan bahawa golongan tersebut bertujuan untuk merosakkan PKR dari dalam.

"Macam-macam boleh berlaku dalam politik. Tetapi, kita harus bertitik-tolak dari niat baik mereka. Kalau (kita) sentiasa menaruh perasaan buruk sangka, macam mana hendak bekerjasama dan membawa perubahan?

"Dalam keADILan tak boleh begitu. Bukan semua orang Umno tak baik; lebih-lebih lagi di kalangan ahli-ahli biasa."

Syed Hamid menekankan supaya ahli-ahli keADILan harus pandai membezakan antara orang Umno peringkat bawahan dengan segelintir pucuk pimpinan mereka yang tamak dan gila kuasa.

Label: ,

Jumaat, Oktober 10, 2008

Tasik 'Y'


Bagi orang luar yang belum biasa dengan Bandar Penggaram, Batu Pahat, Tasik 'Y' sering menjadi 'tarikan'. Kononnya, kawasan itu adalah tempat riadah yang paling mendapat 'perhatian' daripada pihak berkuasa tempatan.

Sekiranya anda berpeluang pergi ke situ, kami cadangkan supaya anda meluangkan lebih sedikit masa.

Kami mahu supaya anda juga dapat 'menikmati' pemandangan dan bau cemar semulajadi di tasik yang tidak terurus dan penuh dengan sampah itu.

Masih tidak percaya? Cuba tatap baik-baik gambar (di atas) yang menunjukkan keadaan terbiar lantai pentas terapung di tasik tersebut.

Label:

Rabu, Oktober 08, 2008

Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian


Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian (MATB) Batu Pahat bagi tahun 2008 berjaya diadakan pada petang Ahad 21 September yang lalu. Lebih 30 orang ahli telah hadir.


Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Dr. Ahmad Faidhi, Pengerusi Perhubungan Negeri Johor.


Dalam ucapannya, Dr. Ahmad Faidhi menyentuh beberapa isu semasa termasuk yang bersabit dengan peralihan kuasa daripada BN kepada Pakatan Rakyat (PR).


Syed Hamid Ali pula selaku Ketua Bahagian menekankan tentang perlunya memperkuat semangat organisasi dan disiplin Parti.


Beliau menarik perhatian kepada beberapa arahan Pusat, termasuk tentang memperkemas organisasi peringkat Bahagian, mewujudkan pusat khidmat masyarakat, mengadakan program-program kemasyarakatan dalam bulan puasa, mengemaskini keahlian untuk memperkasa jentera Parti, dan merapati pihak Pas dan DAP.


Mesyuarat ditangguhkan dengan majlis berbuka puasa.