KEADILANbp

Keadilan Untuk Semua

Foto Saya
Nama:

'KEADILANbp' ialah blog Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Batu Pahat. Cabang adalah badan tertinggi dan pentadbir Parti dalam satu-satu kawasan pilihanraya Parlimen. Kami mengalu-alukan sumbangan, pandangan atau teguran yang membina. Emel: keadilanbp@gmail.com

Jumaat, Oktober 24, 2008

Tokoh Umno tempatan berbincang tiga jam dengan Syed Hamid Ali

Kira-kira dua minggu sudah, kami telah melaporkan tentang adanya ura-ura di kalangan sesetengah anggota Umno Batu Pahat untuk menyertai keADILan. Usaha tersebut nampaknya semakin menghampiri kenyataan.

Beberapa malam yang lalu, Sdr Syed Hamid Ali selaku Ketua keADILan Bahagian Batu Pahat bersama-sama dengan Setiausaha Khuzzan Abu Bakar telah mengadakan satu pertemuan dengan seorang tokoh Umno tempatan.

Ketika mengsahkan tentang pertemuan tersebut Sdr Khuzzan berkata, "Kami berbincang secara terus-terang dan dari hati ke hati selama hampir tiga jam."

Difahamkan, tokoh tersebut telah memohon untuk mendapatkan sejumlah besar borang keahlian.

Kami mengalu-alukan usaha baik ini, serta mendoakan semoga ianya diredhai Allah!


Label: ,

Sabtu, Oktober 11, 2008

Kami sambut orang Umno yang nak masuk keADILan


Semenjak bulan puasa lepas, sudah ada khabar tentang orang-orang Umno di Batu Pahat hendak menyertai keADILan. Berita ini disahkan oleh Syed Hamid Ali, Ketua PKR Bahagian Batu Pahat, apabila ditemui semalam.

"Memang berita benar. Mereka sudah merisik semenjak dari bulan puasa lagi. Kami akan umumkan perkara ini bila semuanya dah selesai mengikut peraturan."

Syed Hamid menyangkal tanggapan bahawa golongan tersebut bertujuan untuk merosakkan PKR dari dalam.

"Macam-macam boleh berlaku dalam politik. Tetapi, kita harus bertitik-tolak dari niat baik mereka. Kalau (kita) sentiasa menaruh perasaan buruk sangka, macam mana hendak bekerjasama dan membawa perubahan?

"Dalam keADILan tak boleh begitu. Bukan semua orang Umno tak baik; lebih-lebih lagi di kalangan ahli-ahli biasa."

Syed Hamid menekankan supaya ahli-ahli keADILan harus pandai membezakan antara orang Umno peringkat bawahan dengan segelintir pucuk pimpinan mereka yang tamak dan gila kuasa.

Label: ,