KEADILANbp

Keadilan Untuk Semua

Foto Saya
Nama:

'KEADILANbp' ialah blog Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Batu Pahat. Cabang adalah badan tertinggi dan pentadbir Parti dalam satu-satu kawasan pilihanraya Parlimen. Kami mengalu-alukan sumbangan, pandangan atau teguran yang membina. Emel: keadilanbp@gmail.com

Khamis, November 13, 2008

Tak tumbuh, tak melata...



Salah satu land mark utama di bandar Batu Pahat ialah bulatan Simpang Rantai. Di bahunya, terletak sekeping tanah luas dengan papan tanda 'Tapak Cadangan Bangunan Umno Bahagian Batu Pahat'.

Semenjak zaman penjajah sehingga lepas merdeka, di situ letaknya kediaman rasmi bagi
District Officer (DO) iaitu Pegawai Daerah. Tetapi, bangunan kerajaan itu sudah tidak wujud lagi kerana dirobohkan.

Maka tinggallah tanah lapang yang sudah dimiliki Umno Bahagian tersebut di situ -- dengan hanya semak dan lalang berdiri menjadi saksi.

Baru-baru ini, dalam mesyuarat agung tahunan di Dewan Jubli Intan, satu usul tergempar telah dibentangkan. Usul tersebut ialah mengenai "penyalahgunaan kuasa ketua Umno Bahagian Batu Pahat terhadap pengurusan hartanah Umno Bahagian".

Mengikut sumber yang diperolehi, kononnya ketua Umno Bahagian berkenaan telah membuat perjanjian usahasama dengan seorang pemaju Cina untuk memajukan tanah tersebut.


Ramai ketua cawangan mendakwa mereka tidak dimaklumkan tentang 'usahasama' tersebut; ada juga yang menentangnya atas bermacam sebab.

Apa lagilah, kononnya sejumlah wang sudah bertukar tangan!


Sama ada dakwaan di atas tadi benar atau tidak, perkara ini sudah merebak dari mulut ke mulut orang ramai khasnya di kalangan ahli-ahli Umno sendiri.


Seorang daripada mereka secara menyindir berkata: "Kalau tidak ada angin, takkanlah pokok bergoyang...


"Kalau tak tumbuh, tak melata; kalau tak sungguh, orang tak kata" tambahnya.

1 Ulasan:

Anonymous keadilaNGOK berkata...

bukan ketua bahagian yang baru la...tp ketua bahagian yang lama yang membuat kesilapan.sebab 2 dia tak lama pegang jawatan ketua bahagian..kalau tak tau jangan berlagak macam tau..asyik nak menang cakap je..sama la mcam Brader Anwar Bin Ibrahim (BABI)cakap macam bagus..orang2 bodoh je percaya..bodoh betul orang2 keadilan nie..pandai cakap je tapi haprak!!!keadilanGOK...hahahah

Jumaat, Ogos 28, 2009 2:58:00 PTG  

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama