KEADILANbp

Keadilan Untuk Semua

Foto Saya
Nama:

'KEADILANbp' ialah blog Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Batu Pahat. Cabang adalah badan tertinggi dan pentadbir Parti dalam satu-satu kawasan pilihanraya Parlimen. Kami mengalu-alukan sumbangan, pandangan atau teguran yang membina. Emel: keadilanbp@gmail.com

Isnin, Disember 29, 2008

Ucapan ikhlas dari kami


SALAM MA'AL HIJRAH 1430
&
SELAMAT TAHUN BARU 2009

Khamis, Disember 25, 2008

Salam Maal Hijrah

DOA AKHIR TAHUN

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, telah berlalu setahun dalam hidup kami. Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kami nikmat-Mu yang tidak dapat kami menjangkau kehebatannya. Engkau telah memelihara kami daripada keburukan yang tidak mampu kami menolaknya. Kami telah melakukan dalam tahun tersebut perbuatan dan amalan yang Engkau Maha mengetahui baik dan buruknya.

Ya Allah, sekiranya amalan tersebut bersesuain dengan ketetapan-Mu, terimalah dan catatkannya sebagai amalan soleh kami di sisi-Mu. Dan sekiranya amalan tersebut berbaur dengan sifat riya', ujub, dan menunjuk-nunjuk atau kami lakukan perilaku dosa, kesalahan dan keinginan yang buruk, maka kami pohon pengampunan-Mu dan tutupilah segala keaiban dan kesalahan. Kurniakanlah ke atas kami kelebihan dan keluasan sifat pemurah-Mu. Itulah kemuncak permintaan dan doa kami.

Ya Allah, sesungguhnya telah datang kepada kami tahun baru setelah kami meninggalkan tahun ini sebentar nanti, kami tidak tahu apakah yang terkandung dalam pengetahuan-Mu mengenai diri kami. Kami jahil ke mana arahnya penghidupan kami di alam maya ini. Harapan kami agar Engkau membuka lembaran tahun baru ini pintu taubat yang jujur dan tulus untuk kami, yang tidak berakhir dengan kekufuran dan kesesatan. Dan Engkau kurniakan taufiq kepada kami pada tahun ini untuk melakukan amalan-amalan soleh yang Engkau redai, kehidupan yang murni yang Engkau rahmati.

Ya Allah, peliharalah anggota kami agar melakukan ketaatan kepada-Mu. Peliharalah hati kami agar dipenuhi dengan kecintaan. Lapangkan hati kami agar dapat kami mendekati-Mu seperti mana Engkau telah lapangkan hati hamba-hamba-Mu yang soleh. Jadikan kami di antara orang-orang yang menepati janji dalam menjalankan hak. Jadikan kehidupan kami sebagai saksi yang benar terhadap setiap amalan seperti mana yang Engkau syariatkan kepada kami, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penganugerah

DOA AWAL TAHUN

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, kami menadah tangan kepada-Mu pada waktu malam dan siang dalam keadaan kami bertawassul dengan nama-nama Mu, dalam keadaan kami mengharapkan gedung rahmat yang sarat di samping Mu. Dan dalam keadaan kami cinta sesungguhnya kepada-Mu dan cinta apa yang menghiasi kebesaran-Mu.

Ya Allah, Ya Rabbul Jalil. Dengan sunnah-Mu menjelang kini tahun baru yang telah Engkau tentukan mengikut qada dan qadar di Loh Mahfuz-Mu. Kami meredahnya di bawah Iradah dan Qudrat-Mu. Sebagai makhluk-Mu yang sentiasa mencari keredaan-Mu. Kehadiran tahun baru ini, memungkinkan kami menadah tangan memohon rahman-Mu, kami pertautkan permohonan kami sekental-kentalnya kepada Mu. Kami mengharap perdampingan taufik dan hidayah-Mu yang telah Engkau berikan kepada kami pada masa-masa yang lalu sepanjang usia kami. Engkau sempurnakan perlindungan dan pemberian-Mu yang begitu melimpah kepada kami. Jadikanlah diri kami, hati kami serta seluruh anggota badan kami jati kekuatan, sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Supaya kekuatan ini dapat kami gunakannya sebagai pelindung daripada segala kemungkaran, sama ada yang zahir atau yang batin. Dan dengannya kami dapat kelapangan pemikiran, keindahan kehidupan, kekuatan dalam keyakinan, ketetapan dalam pegangan agama, dan kebaikan untuk diri kami dan orang-orang sekitar kami.

Ya Allah, hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan. Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan. Ya Rahman Ya Rahim! Jadikanlah lipatan tahun baru ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan. Ya Allah, kekalkanlah tahun-tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya. Ya Allah, jadikanlah tahun yang akan datang, semulia-mulia tahun yang Engkau berkati ke atas kami. Jadikanlah kami orang yang paling bahagia bersama-Mu. Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami. Wassallalahu Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Aalihi wa Sahbihi Wassalam

Rabu, Disember 24, 2008

Merry Christmas!


We Wish You A Merry Christmas!

祝大家圣诞节快乐!

Kami Mengucapkan Selamat Hari Natal!

Khamis, Disember 18, 2008

Legal plunder?


"The war against illegal plunder has been fought since the beginning of the world. But how is... legal plunder to be identified? Quite simply. See if the law takes from some persons what belongs to them, and gives it to other persons to whom it does not belong. See if the law benefits one citizen at the expense of another by doing what the citizen himself cannot do without committing a crime. Then abolish this law without delay ... If such a law is not abolished immediately it will spread, multiply and develop into a system." - Frederic Bastiat

"When plunder becomes a way of life for a group of men living together in society, they create for themselves, in the course of time, a legal system that authorizes it and a moral code that glorifies it." - Fred Bastiat

Selasa, Disember 16, 2008

Padan muka, Bush!


Iraqi Journalist Throws Shoe on Bush - Click here for more free videos

Isnin, Disember 15, 2008

Banglo buruk pembawa tuah?



Mungkin juga banglo buruk yang terbengkalai di Jalan Matahari, Taman Tanah Merah itu (gambar) akan membawa tuah kepada pemiliknya.

Khabar angin bertiup kencang mengatakan kerajaan Negeri Johor bercadang untuk membeli bangunan tersebut dengan harga yang 'lumayan'. Tetapi, orang ramai tahu bahawa kehadirannya berpuluh-puluh tahun di situ telah menimbulkan banyak tanda tanya.

Bukankah kerana banglo tersebut, parit anti-malaria yang lurus di situ telah disempitkan dan dialih hingga menjadi bengkang-bengkok?

Bukankah itu juga yang menyebabkan keadaan banjir kilat serta dengan lumpur di taman Tanah Merah dan Kampung Johor menjadi semakin buruk setiap kali hujan lebat?

Tak bacakah surat dari Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri kepada Yang Dipertua, Majlis Bandaran, Bandar Penggaram Batu Pahat
yang bertarikh 14 Ogos, 1975?

Bukankah penduduk di dua buah kawasan tersebut sudah 35 tahun menderita tanpa pembelaan?

Apakah masih tidak cukup lagi?


Oh, Malaysia tanah airku....


Label: , , ,

Mereka menuntut keadilan




Penduduk Taman Tanah Merah dan Kampung Johor di Batu Pahat rata-rata tidak percaya lagi kepada janji pihak kerajaan tempatan dan wakil rakyat mereka untuk menyelesaikan masalah banjir kilat dan lumpur yang sering melanda kawasan tersebut.


Perkara ini disahkan oleh beberapa orang ahli Jawatankuasa Banjir dan Kebajikan Kawasan Tanah Merah dan Kampung Johor yang ditemui beberapa hari lalu.


“Mereka sudah fed-up menunggu hampir 35 tahun!” kata Peter Ong, 68.


Dua tahun dulu, beliau sendiri terpaksa meninggalkan rumah yang didiaminya semenjak 1973, dan berpindah ke tempat lain.


“Apa boleh buat? Saya sudah tua, tak sanggup lagi nak bersihkan rumah yang penuh dengan lumpur tiap-tiap kali hujan lebat membanjiri kawasan kami,” keluh guru yang sudah bersara itu.


Seperti Ong juga, Haji Ju Ahmad telah berpindah lebih awal dari situ. Bekas guru sekolah rendah itu memberitahu kami rumahnya ditinggalkan begitu saja semenjak 1995.


“Siapa nak beli….? Sewapun orang tak mau,” jelasnya.


Kami merasa sedih apabila dibawa melihat banyak rumah di situ telah ditinggalkan terbengkalai; beberapa buah saja yang berpenghuni.


Johnson Gomez menceritakan bagaimana beberapa tahun sudah penduduk Islam di situ tidak dapat menyambut Hariraya.


“Sehari sebelum raya, semua persiapan telah habis musnah. Air hujan dan lumpur dari kawasan pebinaan di sebelah atas masuk mencurah-curah ke dalam rumah mereka….


“Apa lagi yang ada untuk sambutan Hariraya?” tambah Pengerusi Jawatankuasa tadi.


Semua orang tahu, salah satu punca utama bencana tersebut ialah ‘pembangunan’ yang tidak dirancang. Faktor lain ialah sifat tamak pihak-pihak tertentu untuk mencari keuntungan besar tanpa mengira kerugian yang akan ditanggung oleh orang lain.


Pada 14 Ogos 1975, Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri sendiri telah menghantar surat kepada Yang Dipertua Majlis Bandaran, Bandar Penggaram, Batu Pahat:


“(c) Apabila air dan lumpur itu sampai ke atas Lot 4728 dan Lot 2547 ia bertakung di situ kerana tidak ada sungai atau parit besar, melainkan sebatang parit anti-malaria yang besarnya 3 kaki dalam dan 3 kaki lebar, bagi membawakan air dan lumpur itu ke sungai besar. Adalah ternyata parit anti-malaria itu tidak cukup besar bagi melarikan air dan lumpur daripada muka tanah seluas lebih kurang 40 ekar (mahupun jika ia digali dan dibersihkan daripada semasa ke semasa) lebih-lebih bila parit itu tidak mempunyai curaman yang cukup.”


Semenjak 1980an, keadaan menjadi bertambah buruk apabila parit tersebut dibelok dan disempitkan untuk memberi keluasan cukup kepada sebuah banglo milik perseorangan.


Tidak lama kemudian, akibat hakisan dan temboknya runtuh, rumah mewah tersebut ditinggalkan kosong oleh pemiliknya hingga sekarang.


Kini, khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa kerajaan negeri bercadang akan membeli banglo tersebut dengan harga yang tidak munasabah – kononnya kerana hendak ‘meluruskan’ semula parit anti-malaria tadi.


Kalau begitu halnya, kerajaan negeri juga mesti bersedia untuk membeli rumah-rumah lain yang telah rosak atau ditinggalkan akibat bencana buatan manusia selama 35 tahun itu. Atau sekurang-kurangnya bayar gantirugi kepada mereka yang terlibat.


“Kalau duit cukai dari rakyat boleh digunakan untuk kepentingan seorang, mengapa ia tidak boleh digunakan bagi faedah ramai?


“Kami hanya mengharapkan pembelaan yang adil setelah begitu lama menunggu,” kata Cikgu Ju Ahmad.


Rabu, Disember 10, 2008

Hormat kepada tahanan-tahanan ISA



Hari ini, 10 Disember, Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia berusia genap 60 tahun. Malaysia antara negara-negara ‘bertamadun’ di dunia yang mengiktiraf perisytiharan tersebut.

Antara 30 perkara yang dijanjikan dalam Perisytiharan itu ialah:

“Perkara 5: Tiada sesiapa pun boleh dikenakan seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan. Perkara 9: Tiada sesiapa pun boleh dikenakan tangkapan, tahanan atau pembuangan negeri secara sewenang-wenangnya.”

Nah, itu dia!

Tanyalah: Semenjak Umno-BN berkuasa, berapa ribu suami-isteri yang telah mereka pisahkan? Berapa puluh ribu lagi anak-anak telah kehilangan tempat untuk kasih-sayang?

Hari ini masih ada kira-kira 100 insan yang dipenjarakan di bawah ISA tanpa bicara. Puluhan daripada mereka sudah masuk tahun ke-7!

Tanyakanlah kepada pemimpin-pemimpin Umno-BN: Apakah perbuatan sebegini ‘berperikemanusiaan’ atau ‘bertamadun’ namanya?

Pada hari bersejarah ini, marilah kita menghening sejenak memberi hormat dan tanda setiakawan kepada tahanan-tahanan ISA dan keluarga mereka….

Terimakasih!

Ahad, Disember 07, 2008

Jangan Lupa Mereka

Kepada pembaca budiman:

Kami mengucapkan
SELAMAT HARIRAYA
AIDILADHA

Ikhlas daripada:
keADILan Bahagian Batu Pahat

Jumaat, Disember 05, 2008

Persiapan edar handbill


Gambar menunjukkan anggota Bahagian Batu Pahat (kebanyakannya AMK) sedang menyiapkan handbill 'Selamat Hariraya Aidiladha' untuk diedarkan kepada orangramai.

Khamis, Disember 04, 2008

Syabas AMK Batu Pahat


Semangat AMK Batu Pahat patut dipuji. Tekad mereka untuk menghadiri majlis perasmian Kongres Tahunan ke-5 di Shah Alam tidak patah, walaupun pada saat terakhir diberitahu bahawa bas yang sepatutnya membawa mereka ke sana tidak dapat disewa.

Biarpun begitu, atas dayausaha sendiri, sebahagian daripada mereka telah berjaya sampai di Stadium Melawati tepat pada waktunya. Di situ, Ketua dan Setiausaha Bahagian Batu Pahat telah sedia menunggu mereka.

Syabas AMK Batu Pahat!

(Gambar menunjukkan mereka bergambar untuk kenang-kenangan bersama blogger Tukar Tiub)


Isnin, Disember 01, 2008

Ucapan Dasar Presiden


Ucapan dasar Presiden keADILan bertajuk 'Harapan Baru' pada 29 November boleh didapati di sini.


Liputan Khas Kongres 2008


Kongres Nasional Tahunan PKR kali ke-5 selesailah sudah. Liputan khas mengenainya boleh didapati di Suara Keadilan Online.

Kongres Wanita dan Angkatan Muda berlangsung pada Jumaat 28 November. Ia dirasmikan oleh Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali. Ucapannya klik di sini.

Untuk ucapan dasar Ketua Wanita keADILan Zuraida Kamaruddin, klik di sini.

Ucapan dasar 'Memimpin Harapan Rakyat' oleh Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin di sini (klik).