KEADILANbp

Keadilan Untuk Semua

Foto Saya
Nama:

'KEADILANbp' ialah blog Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Batu Pahat. Cabang adalah badan tertinggi dan pentadbir Parti dalam satu-satu kawasan pilihanraya Parlimen. Kami mengalu-alukan sumbangan, pandangan atau teguran yang membina. Emel: keadilanbp@gmail.com

Rabu, November 26, 2008

Harga sawit jatuh mendadak - The Edge Daily


KUALA LUMPUR: Semenjak bukan March ini harga sawit telah jatuh sebanyak 67%, ini mengikut laporan Goldman Sachs Group Inc.

Harga sawit telah sampai ke bontot terbawah mengikut Patrik Tiah seorang penganalisa dari Singapura.

Pada 4 March yang lalu harga satu tan ialah RM 4,486. Bulan Febuari tahun depan harga dijangkakan RM 1,488, agak lebih tinggi dari RM 1.460, harga pada Jumaat lalu.

Pada tahun 2009 harga dijangka hanya RM1,000 satu tan dan mungkin naik RM1,250 pada tahun 2010.

kah kah kah…. OUR ECONOMY IS STRONG…. kah kah kah..

kah kah kah…. DUNIA TAK DENGAR NASIHAT MALAYSIA…. kah kah kah

kah kah kah….. EKONOMI KITA TAK ADA MASAALAH… kah kah kah

(Dipetik dari blog Tukar Tiub)


Isnin, November 24, 2008

10 Ribu Bakal Hadiri Kongres keADILan


DIJANGKA 10,000 perwakilan, pemerhati, pimpinan komponen parti Pakatan Rakyat, wakil kedutaan dan NGO dari seluruh negara akan turut ke Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) yang akan diadakan pada 29 dan 30 November 2008.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Biro Penerangan KeADILan, Kogres Nasional ini yang akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam bakal mencatatkan sejarah kerana kehadiran wakil-wakil rakyat yang paling ramai sejak penubuhan parti 10 tahun yang lalu.

“Kongres KeADILan yang pertama selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu ini akan menyaksikan kehadiran wakil-wakil rakyat yang paling ramai sejak penubuhan parti 10 tahun yang lalu,” menurut kenyataan berkenaan.

Kongres yang juga pertama kali diadakan sejak Ketua Umum, Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang ini bertujuan untuk membuka ruang kepada para perwakilan untuk membahaskan dasar perjuangan parti secara umum, dan polisi pentadbiran negeri Pakatan Rakyat secara khususnya.

“Kongres yang juga pertama kali diadakan sejak Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang ini bertujuan untuk membuka ruang kepada para perwakilan untuk membahaskan dasar perjuangan parti secara umum, dan polisi pentadbiran negeri Pakatan Rakyat secara khususnya,” menurut kenyataan yang dikeluarkan 13 November lalu.

Kedua-dua sayap penting parti, Angkatan Muda (AMK) dan Wanita pula akan mengadakan kongres masing-masing secara berasingan pada 28 November.

Kongres Nasional kedua-dua sayap ini akan dirasmikan bersama oleh Timbalan Presiden KeADILan Dr Syed Husin Ali di Stadium Malawati.

“Selepas perasmian, Angkatan Muda akan terus bersidang di Stadium Malawati, manakala Wanita akan bersidang di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor” menurut kenyataan ini lagi.

Selain itu, Orang awam turut dijemput untuk mengunjungi “Karnival Rakyat” yang terbuka sepanjang kongres bersidang dan mendengar pidato umum pimpinan parti khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam 29 November di Stadium Malawati.

(Dipetik daripada Suara Keadilan Online)

Majlis AMK Batu Pahat



Satu majlis penerangan dan penyusunan semula ahli Jawatankuasa AMK Bahagian Batu Pahat telah diadakan pada malam Ahad lepas. Majlis dihadiri lebih daripada 20 orang ahli. Turut bersama ialah Mohd Khuzzan Abu Bakar dan Syed Hamid Ali, masing-masing selaku Setiausaha dan Ketua Bahagian.


Dalam ucapannya, Syed Hamid telah menunjukkan bahawa Parti Keadilan Rakyat atau keADILan adalah parti untuk hari ini dan masa depan. Oleh kerana itu, sewajarnyalah ia menjadi pilihan generasi muda.


“Orang-orang muda mesti sedar bahawa dunia ini adalah milik mereka. Masa depan orang muda harus ditentukan oleh mereka sendiri; bukan digenggam oleh segelintir manusia yang tamak haloba dan ketinggalan zaman seperti sekarang”.


Wakil AMK Negeri juga turut berucap.

Label:

Umno Batu Pahat retak menanti belah


Sejumlah ahli umno bahagian Batu Pahat termasuk bekas ketua pemudanya telah meninggalkan parti itu untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Berita tersebut disahkan oleh Syed Hamid Ali, Ketua keADILan Bahagian. Beliau selanjutnya membocorkan bahawa ramai lagi akan menyusul.

Katanya, "Ini baru permulaan. Insya'Allah, tak lama lagi lebih banyak akan ikut serta."

Menurut sumber yang lain, umno bahagian di bawah Puad Zarkashi semakin lemah dan berpecah-belah. Kami difahamkan, pemimpin-pemimpin cawangan pun bergolak sesama sendiri.

"Ramai tak puashati dengan cara dan sikap Puad memimpin. Lebih-lebih lagi, kepentingan masing-masing atas tanah umno bahagian menyebabkan keadaan dalam parti semakin teruk.

"Retak menanti belah saja....", tambahnya.


Khamis, November 13, 2008

Tak tumbuh, tak melata...



Salah satu land mark utama di bandar Batu Pahat ialah bulatan Simpang Rantai. Di bahunya, terletak sekeping tanah luas dengan papan tanda 'Tapak Cadangan Bangunan Umno Bahagian Batu Pahat'.

Semenjak zaman penjajah sehingga lepas merdeka, di situ letaknya kediaman rasmi bagi
District Officer (DO) iaitu Pegawai Daerah. Tetapi, bangunan kerajaan itu sudah tidak wujud lagi kerana dirobohkan.

Maka tinggallah tanah lapang yang sudah dimiliki Umno Bahagian tersebut di situ -- dengan hanya semak dan lalang berdiri menjadi saksi.

Baru-baru ini, dalam mesyuarat agung tahunan di Dewan Jubli Intan, satu usul tergempar telah dibentangkan. Usul tersebut ialah mengenai "penyalahgunaan kuasa ketua Umno Bahagian Batu Pahat terhadap pengurusan hartanah Umno Bahagian".

Mengikut sumber yang diperolehi, kononnya ketua Umno Bahagian berkenaan telah membuat perjanjian usahasama dengan seorang pemaju Cina untuk memajukan tanah tersebut.


Ramai ketua cawangan mendakwa mereka tidak dimaklumkan tentang 'usahasama' tersebut; ada juga yang menentangnya atas bermacam sebab.

Apa lagilah, kononnya sejumlah wang sudah bertukar tangan!


Sama ada dakwaan di atas tadi benar atau tidak, perkara ini sudah merebak dari mulut ke mulut orang ramai khasnya di kalangan ahli-ahli Umno sendiri.


Seorang daripada mereka secara menyindir berkata: "Kalau tidak ada angin, takkanlah pokok bergoyang...


"Kalau tak tumbuh, tak melata; kalau tak sungguh, orang tak kata" tambahnya.

Selasa, November 04, 2008

Busuk, busuk, busuk...



Penduduk sekitar Taman Kurnia marah kerana setiap hari menanggung bau busuk akibat pencemaran air parit yang tidak mengalir kerana penuh dengan sampah sarap.

Airnya hitam dan pekat seperti minyak enjin yang telah dipakai. Di dalamnya penuh bahan-bahan buangan seperti plastik, botol, sampah dan sebagainya hingga ikan pun habis mati.

"Kami macam hidup dalam jamban - makan, minum dan segala-gala pun di situ... Siapa yang tak marah? "

Mereka malu ketika saudara mara dan tetamu dari tempat lain datang ke rumah untuk berhariraya, kerana "mereka tak lalu makan juadah yang kami hidangkan".

Bagaimana pula keprihatinan 'wakil rakyat'?

"Keprihatinan apa.....? Pengundi akan
mengajar dia nanti. Tunggu sajalah pilihanraya yang akan datang, " tegas seorang lain yang ada bersama.

Label: , ,

Isnin, November 03, 2008

Sampah, sampah, sampah.....



Tidakkah kerajaan tempatan Batu Pahat merasakan ini sebagai satu tamparan hebat terhadap kemampuan atau kewibawaannya untuk mentadbir?

Label: , ,